Cikakak.Com Cikakak.Com

Drama TV, Slot Akasia, Slot Lestary, Slot Samarinda, Slot Tiara, Slot Sonia, Slot MegaDrama, Drama iQIYI, Drama Viu, Telemovie, Telefilem,

Drama Thailand Judul Wanthong Angkat Perjuangan Wanita Yang Ingin Diberikan Hak Sama Rata Seperti Lelaki

Author
Published Oktober 25, 2022
Drama Thailand Judul Wanthong Angkat Perjuangan Wanita Yang Ingin Diberikan Hak Sama Rata Seperti Lelaki

Drama Thailand Judul Wanthong Angkat Perjuangan Wanita Yang Ingin Diberikan Hak Sama Rata Seperti Lelaki : Drama bersiri Thailand dengan judul Wanthong boleh ditonton secara langsung di saluran 149 (saluran Astro). Bagi yang menggunakan saluran biasa, boleh menonton di saluran TV9. Drama Wanthong disiarkan bagi menggantikan Drama Destiny Of Us yang telah menamatkan siri pada minggu lepas.

Drama Wanthong adalah adaptasi dari kisah benar lampau. Namun drama ini diolah dari versi asal. Drama Wanthong bersiaran sebanyak 16 episod penuh bagi siri asal. 

wanthong Drama Thailand

Drama Wanthong
Tarikh siar TV9 : 24.10.2022
7.30 - 8.30 malam di TV9
Jumlah Episod : 16 Episod

Sinopsis Drama Wanthong

Wanthong seorang gadis cantik, bijak dan sangat menghormati orang lain. Namun kerana kecantikan dan kebaikan tingkah lakunya membuat dia senangi oleh penduduk kampung. Akan tetapi kerana dia nekad tidak memilih salah seorang lelaki yang pernah mendampinginya membuatkan dia berhadapan dengan hukuman pancung. 

Wanthong dihadapkan ke perbicaraan selepas orang ramai mengutuknya kerana terlibat dalam cinta segitiga dan tidak dapat memilih antara “Khun Paen” dan “Khun Chang” sebagai suaminya. 

Raja memerintahkannya untuk memilih tetapi dia enggan berbuat demikian, kemudian Wanthong mula menceritakan kisahnya kepada raja, sebenarnya apa yang berlaku sehinggakan dia nekad tidak memilih lelaki yang pernah dia kenali dan cintai sejak zaman kanak-kanak lagi.


17 tahun lalu, Wanthong bercinta dengan Khun Paen dan mereka tinggal bersama. Bagaimanapun, Khun Chang yang diam-diam mencintai Wanthong, menipunya untuk mempercayai bahawa Khun Paen telah dibunuh dan menganggap Wanthong sebagai miliknya. 

Apabila Khun Paen kembali dengan kemenangan, dia mendapati Wanthong telah berkahwin dengan Khun Chang dan sangat marah. Kepulangan Khun Paen juga bersama seorang isteri. 

Wanthong berasa patah hati apabila Khun Paen pulang bersama isteri lain. Walaupun begitu, dia memaafkan Khun Paen dan ingin bersamanya semula dengan meminta bantuan Khun Chang. 

Khun Chang gila dan mengurung Wanthong di dalam bilik. Dia kemudian merancang untuk menyingkirkan Khun Paen, tetapi Khun Paen menyedari rancangan jahatnya dan mengembara untuk mencari barang ajaib untuk menuntut semula Wanthong.

Apabila Khun Paen, kembali di kampung halamannya. Dia nekad untuk merebut kembali Wanthong daripada Khun Chang. Tetapi Khun Chang sama sekali tidak membenarkan. Dengan bantuan Wai (anak Wanthong & Khun Paen) akhirnya Wanthong dapat melarikan diri dari Khun Chang yang obses dengan Wanthong.

Di situlah bermulanya kisah perjuangan Wanthong yang ingin kebebasan dari dua lelaki. Seorang yang dicintainya dan seorang lagi tidak. Perjuangannya menuntut keadilan untuk dirinya dan untuk semua wanita, membuatkan dia menerima hukuman pancung.

Siapakah yang Wanthong akan pilih pada akhirnya kisahnya, antara lelaki yang dia cintai tetapi yang bukan jenis lelaki tunggal dan lelaki yang hanya mencintainya tetapi memperlakukannya seperti objek?



Catat Ulasan

[ADS] Bottom Ads

Halaman

Copyright © 2012-2023