Cikakak.Com Cikakak.Com

Drama TV, Slot Akasia, Slot Lestary, Slot Samarinda, Slot Tiara, Slot Sonia, Slot MegaDrama, Drama iQIYI, Drama Viu, Telemovie, Telefilem,

Drama Suri Hati Lokanan Puteri Sarah Liyana, Adriana Adnan, Nadia Brian & Melanie Tan Slot Samarinda

Author
Published Oktober 17, 2022
Drama Suri Hati Lokanan Puteri Sarah Liyana, Adriana Adnan, Nadia Brian & Melanie Tan Slot Samarinda
Drama Suri Hati Lokanan Puteri Sarah Liyana, Adriana Adnan, Nadia Brian & Melanie Tan Slot Samarinda |  Drama baru  dengan Judul Suri Hati yang telah ditayangkan di TV3 menerusi Slot Samarinda. Drama Suri Hati, dibintangi oleh Nadia BrianPuteri Sarah LiyanaAdriana Adnan dan Melanie Tan sebagai tunggak utama

Drama Suri Hati ini memulakan tayangan Slot Samarinda TV3 pada 12 Oktober 2022 dan menggantikan Drama Aku Tanpa Cintamu.

Siri Drama Suri Hati boleh ditonton menerusi aplikasi - https://www.viu.com/

Lihat Sinopsis Drama Aku Tanpa Cintamu yang viral di media sosial.

Nuha, seorang pelakon yang bercita-cita tinggi, jatuh cinta dengan seorang pengarah terkemuka, Adam, yang kemudian mengawal hidupnya. Setiap gerak geri Nuha, diatur dan diawasi oleh Adam. Berjayakah dia melepaskan dirinya?

Adam, seorang pengarah drama mengenali Nuha di set penggambaran. Adam melihat ciri ciri dalam diri Nuha yang menepati citarasanya. Seorang yang mudah dibentuk, dikawal dan mendengar kata. 

Adam mula memikat Nuha. Adam berjaya memujuk dan meyakinan Nuha untuk melupakan cita-citanya untuk jadi pelakon. Dia menonjolkan segala kebaikan dirinya pada Nuha sehingga akhirnya berjaya mengheret Nuha untuk segera berkahwin dengannya walaupun usia perkenalan mereka masih terlalu singkat.

Setelah berkahwin Nuha mula mengetahui perwatakan sebenar Adam. Nuha mula sedar yang dia terperangkap seperti dalam penjara dalam rumahtangganya sendiri. 

Nuha pernah melarikan diri dari Adam, namun akhirnya kembali juga kepada Adam, kerana Adam lah cinta pertama Nuha. Malahan Nuha susah untuk melupakan Adam. Setelah kembali kepada Adam, sekali lagi Adam menolak Nuha hinggakan Nuha cedera. Melihat akan kemarahan Adam tersebut, Nuha nekad ingin bebas dari belenggu hidup Adam.  Nuha kembali kepada keluarganya, namun Adam tetap mencarinya di sana. Melihat perkara tersebut, Nuha ketakutan dan dia tidak mahu membebankan keluarganya dalam masalah yang dihadapinya. 

Lalu Nuha keluar dari rumah tersebut dan tinggal di Desa Inap milik keluarga Hadi. Di sanalah Nuha mencari kekuatan untuk berdepan dengan Adam. Nuha nekad ingin bercerai dengan Adam.

Apabila ingin bercerai sekali lagi Adam meminta wang untuk menebus talak yang bakal diberikan. Bapa Nuha memberikan wang tersebut dengan syarat Adam melepaskan Nuha. Tidak berakhir di situ, Adam meminta Nuha mengembalikan semua hantaran yang diberikan sewaktu bernikah dulu.

Nuha mengembalikan semua wang dan hantaran pemberian Adam sebagai menebus talak seperti yang diminta oleh Sarah, ibu Adam. Pada ketika itu, Nuha sedang hamil, namun tidak lagi sanggup untuk meneruskan perkahwinan mereka.




Drama Suri Hati 
Jumlah Episod : 20 Episod
Slot Samarinda TV3
Setiap Isnin hingga Khamis - 10.00 malam




Nadia Brian Sebagai Laila
Adriana Adnan Sebagai Suraya
Puteri Sarah Liyana Sebagai Sarah
Melanie Tan Sebagai Atikah


Sarah, Suraya & Atikah semuanya menjalinkan hubungan manakala Laila lebih suka berdikari dengan caranya sendiri. Sarah, Suraya dan Atikah sentiasa menghadapi masalah dalam hubungan mereka dan mereka akan sentiasa berjumpa Laila untuk mendapatkan nasihat. Mereka menghormati dan mempercayai Laila sebagai penasihat hubungan mereka walaupun Laila berpegang pada prinsipnya untuk terus berdikari.

Laila, yang dibesarkan dalam keluarga yang berpecah belah tidak percaya bahawa dia boleh mencapai kebahagiaan dengan menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki. Oleh itu, dia iri hati melihat rakan-rakannya menjalin hubungan, dan nasihat yang diberikan hanyalah untuk melihat mereka jatuh dalam hubungan.

Adakah Sarah, Suraya & Atikah dapat mengetahui niat sebenar Laila sehingga ke akhirnya? Bagaimanakah kesudahan hubungan mereka yang berpanjangan jika mereka tahu tentang niat jahat Laila?

Catat Ulasan

[ADS] Bottom Ads

Halaman

Copyright © 2012-2023