Cikakak.Com Cikakak.Com

Drama TV, Slot Akasia, Slot Lestary, Slot Samarinda, Slot Tiara, Slot Sonia, Slot MegaDrama, Drama iQIYI, Drama Viu, Telemovie, Telefilem,

Drama Takdir Cinta Dhia Episod 1 - Episod 40 (Akhir) Lakonan Dato' Aaron Aziz & Datin Elvina Mohamad Slot Tiara

Author
Published Oktober 24, 2022
Drama Takdir Cinta Dhia Episod 1 - Episod 40 (Akhir) Lakonan Dato' Aaron Aziz & Datin Elvina Mohamad Slot Tiara

Drama Takdir Cinta Dhia Episod 1 - Episod 40 (Akhir) Lakonan Dato' Aaron Aziz & Datin Elvina Mohamad Slot Tiara | Drama yang hangat bersiaran di Slot Tiara, 6.00 petang di Astro Prima. Drama Takdir Cinta Dhia, mulai bersiar 12 September 2022 dan telah ditayangkan sebanyak 30 episod dari 40 episod penuh. 

Berbaki lagi 10 episod, Drama Takdir Cinta Dhia dibintang gandingan Dato' Aaron Aziz & Datin Elvina Mohamad sebaga tunggak utama.  

Drama Takdir Cinta Dhia boleh juga ditonton menerusi aplikasi sooka | https://sooka.my/en/watch/drama/details/takdir-cinta-dhia/1367406


Takdir Cinta Dhia Slot Tiara

Sinopsis Drama Takdir Cinta

Mengisahkan tentang Dhia yang ditunangkan dengan anak Encik Amran, Huzair yang tidak sabar untuk berjumpa buat pertama kali. Namun dalam perjalanan untuk bertemunya, mereka ditimpa kemalangan yang mengakibatkan kematian bapanya dan Encik Amran. Dhia tidak sempat untuk berjumpa dengan Huzair dan dibawa pulang ke rumah abang iparnya, Fayyad yang ingin mengambil hak penjagaan Dhia. 

Tanpa pengetahuan sesiapa pun, Fayyad merupakan seorang ketua kumpulan samseng yang sudah lama membenci keluarga Dhia walaupun adiknya sendiri, Tasha telah berkahwin dengan Fikri, abang sulung kepada Dhia. Tasha juga mempunyai perasaan dengki terhadap Dhia dan sering membuat kehidupannya yang kini sudah menjadi sebatang kara lebih sukar. 

Huzair pula pulang dari Eropah hanya untuk berdepan dengan berita tragik tentang bapanya. Dia mengambil keputusan untuk terus menetap di Malaysia dan mencari gadis yang ditunangkan dengannya. Pencariannya dikesan oleh Tasha yang terus berkomplot untuk mengahwinkan adiknya, Nadia kepada Huzair. Keadaan bertambah rumit apabila Fayyad sendiri telah jatuh cinta pada Dhia. 

Takdir menemukan Dhia, Fayyad dan Huzair namun hanya dua antara mereka yang bakal bahagia dan layak menemukan cinta.

Catat Ulasan

[ADS] Bottom Ads

Halaman

Copyright © 2012-2023