Cikakak.Com Cikakak.Com

Drama TV, Slot Akasia, Slot Lestary, Slot Samarinda, Slot Tiara, Slot Sonia, Slot MegaDrama, Drama iQIYI, Drama Viu, Telemovie, Telefilem,

Telefilem Itulah Takdirnya Gandingan Nookhiriah dan Puteri Balqis Meruntum Jiwa Kaum Wanita

Author
Published Oktober 24, 2022
Telefilem Itulah Takdirnya Gandingan Nookhiriah dan Puteri Balqis Meruntum Jiwa Kaum Wanita

C Gandingan Nookhiriah dan Puteri Balqis Meruntum Jiwa Kaum Wanita | Sebelum ini Telefilem Matahari Tak Bercahaya antara telefilem yang berjaya membuatkan ramai kaum wanita di luar sana merasa sedih kerana plot yang dipaparkan terlalu dekat dengan kaum wanita. Sekali lagi, jiwa wanita menangis lagi dengan Telefilem Itulah Takdirnya yang ditayang di saluran TV Okey.

Itulah Takdirnya mengandingkan lakonan Noorkhiriah Ahmad Shapie dan Puteri Balqis Azizi sebagai tunggak utama. Menariknya Itulah Takdirnya, mengisahkan kebahagiaan seorang isteri hancur lumat apabila dia ditipu hidup-hidup oleh suami yang amat dicintainya. Dalam diam suami telah menikahi wanita lain tanpa diketahui olehnya. Lebih menghayati hati apabila rahsia suaminya terbongkar di saat dia kehilangannya suaminya. Menambah lagi sakit dan marahnya, apabila dia terpaksa menerima untuk menjaga anak perempuan dari isteri kedua.

Itulah Takdirnya adalah sebuah karya Pak Tua yang telah ditayangkan pada 16 Oktober 2022 yang lepas. Namun ia juga boleh ditonton secara live di RTMKlik [ https://rtmklik.rtm.gov.my/play/movie/itulahtakdirnya/ ].

Telefilem Itulah Takdirnya

Telefilem Itulah Takdirnya
Tarikh Siaran : 16 Oktober 2022 (Ahad)
Masa Siaran : 2.30 petang
Saluran TV Okey
Sebuah Karya Pak Tua

Mengisahkan seorang wanita bernama Norain yang kehilangan suaminya pada hari lahir anaknya Hafiz,semasa Norain menuntut jenazah suaminya di hospital, dia mendapat tahu bahawa suaminya kemalangan dengan Isteri beliau. 

Norain tidak dapat menerima kenyataan bahawa arwah suaminya telah menipunya serta menduakannya. 

Namun, lebih mengejutkan lagi apabila Norain diamanahkan untuk menjaga seorang anak tiri yang kewujudannya dirahsiakan. 

Norain bertambah marah dalam diam apabila dia perlu menjaga anak gadis suami bersama madunya itu yang baru diketahui dan membuatkan dia rasa sakit hati dan sangat marah.

Lakonan Noorkhiriah Ahmad Shapie, Puteri Balqis Azizi, Muhammad Al-Rayyan Ho Abdullah, Safura Ya'cob dan ramai lagi.






Catat Ulasan

[ADS] Bottom Ads

Halaman

Copyright © 2012-2023