Cikakak.Com Cikakak.Com

Drama TV, Slot Akasia, Slot Lestary, Slot Samarinda, Slot Tiara, Slot Sonia, Slot MegaDrama, Drama iQIYI, Drama Viu, Telemovie, Telefilem,

Sinopsis Drama Rindu Kasih - Slot Samarinda TV3 Lakonan Ummi Nazeera & Izzue Islam

Author
Published Disember 02, 2022
Sinopsis Drama Rindu Kasih - Slot Samarinda TV3 Lakonan Ummi Nazeera & Izzue Islam

Sinopsis Drama Rindu Kasih - Slot Samarinda TV3 Lakonan Ummi Nazeera & Izzue Islam


Drama Rindu Kasih sebuah drama yang memaparkan konflik kekeluargaan di antara ibu mertua dan menantunya. Dek kerana bukan menantu pilihan, kehidupannya tidak pernah aman. Malahan seringkali dimarahi  dan diseksa oleh ibu mertuanya. Apa sahaja yang dilakukan olehnya akan mendapat tentangan daripada ibu mertuanya.

Drama Rindu Kasih telah bersiaran pada 16 November 2022. Bersiaran menerusi Slot Samarinda, setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di saluran TV3. Menampilkan gandingan Ummi Nazeera dan Izzue Islam sebagai pelakon utama. Turut menampilkan pelakon Nafiz Muaz, Ezzaty Abdullah, Amyza Aznan dan ramai lagi.

Drama Rindu Kasih akan bersiaran penuh sebanyak 15 episod penuh. Sehingga ke hari ini Drama Rindu Kasih telah bersiaran 10 episod, berbaki 5 episod sahaja lagi.

Sinopsis Drama Rindu Kasih - Slot Samarinda

Selepas ditinggalkan Shida (Amyza Aznan), kehidupan Khalid (Arash Mohd) menjadi tidak keruan kerana terpaksa bekerja demi menyara dan membesarkan Salina (Ummi Nazeera) yang berusia hanya beberapa bulan. Khalid membesarkan Salina seorang diri dan terpaksa merahsiakan kisah tentang ibunya yang telah dipenjara kerana terlibat dengan pengedaran dadah bersama kekasih gelapnya dahulu. 

Khalid dan Salina mula menjalani kehidupan mereka tanpa sebarang pekerjaan setelah Khalid dibuang kerja dari sebuah bengkel. Tidak setakat itu sahaja, dia dan anaknya dihalau dari rumah sewa kerana tidak membayar sewa selama 5 bulan. Satu persatu dugaan hadir menimpa Khalid. Khalid kemudiannya kembali ke kampung halaman dengan menyewa teksi. Di pertengahan pekan, kelibat Halijah menahan teksi tersebut dan berkongsi menumpang teksi yang sama. 

Apabila masuk ke dalam teksi  Halijah melihat Khalid. Lelaki yang pernah dia cintai, sehinggakan di hari perkahwinan mereka, Khalid menghilangkan diri dan membuatkan  Halijah terpaksa berkahwin dengan Zamani. Akibat peristiwa itulah yang membuatkan bapa  Halijah meninggal dunia kerana serangan jantung. Akibat peristiwa silam tersebut Halijah berdendam dengan Khalid dan anaknya Salina.

Dari kecil, Salina berkawan rapat dengan Amir (Izzue Islam) iaitu anak kepada Zamani (Nik Ramly) yang juga merupakan kawan baik kepada ayah Salina. Amir menyukai Salina namun Salina tidak mengendahkannya kerana sikap ibu Amir yang tidak menyukainya. Lagipun Amir belum meluahkan perasaan kepada Salina.

Walaupun Amir berkelulusan tinggi, dia memilih untuk menetap di kampung untuk menjaga ibunya dan ayahnya. Namun di sebalik pengorban Amir, sebenarnya dia tidak mahu jauh dari Salina. Dia menyayangi dan menyintai Salina. 

Ayah Amir sakit dan dia ingin melihat Amir berkahwin dengan Salina. Sebelum meninggal ayahnya meminta Amir mengahwini Salina.

Amir mengabulkan permintaan terakhir ayahnya dengan mengahwini Salina. Namun dibantah oleh ibunya. Amir nekad meneruskan wasiat ayah walaupun mendapat tentangan dari ibunya. 

Salina mencari jawapan kenapa ibu Amir tidak menyukainya. 

Perkahwinan Amir dan Salina tidak direstui oleh Halijah. Salina sering dilayan teruk oleh Halijah yang selalu menuduhnya kurang ajar kerana tak dapat didikan dari seorang ibu. 

Setelah Salina mengetahui tentang kisah ibunya, dia nekad untuk melakukan jenayah kerana mahu dipenjara dan membuktikan kepada Halijah yang dia masih sempat untuk merasa kasih sayang seorang ibu walaupun sebagai banduan. Apakah suratan yang akan tertulis buat Salina?



Catat Ulasan

[ADS] Bottom Ads

Halaman

Copyright © 2012-2023