Cikakak.Com Cikakak.Com

Drama TV, Slot Akasia, Slot Lestary, Slot Samarinda, Slot Tiara, Slot Sonia, Slot MegaDrama, Drama iQIYI, Drama Viu, Telemovie, Telefilem,

Slot Akasia TV3 | Drama Ariana Rose Lakonan Fathia Latif & Keith Foo

Author
Published Oktober 28, 2022
Slot Akasia TV3 | Drama Ariana Rose Lakonan Fathia Latif & Keith Foo

Slot Akasia TV3 | Drama Ariana Rose Lakonan Fathia Latif & Keith Foo  : Memulakan siaran pada 20 Disember 2013 hingga 13 Februari 2014, Drama Ariana Rose adalah siri drama televisyen Malaysia yang pernah popular pada tahun 2014. Berkali-kali diulangsiar di kaca televisyen. 

Drama Adaptasi Novel The Wedding Breaker karya Evelyn Rose. Drama ini di bawah terbitan Pena Creative Pictures. Menampilkan gandingan Keith Foo dan Fathia Latiff sebagai watak utama. Turut menjayakan Drama Ariana Rose pelakon Arja Lee dan Nabila Huda sebagai watak antagonis (Watak Jahat). 

Drama Ariana Rose mulai disiarkan  di Slot Akasia TV3 dari 30 Disember 2013 hingga 13 Februari 2014 menggantikan Playboy Itu Suami Aku.

Setelah siri Drama Ariana Rose menamatkan sirinya, Drama baru Jika Itu Takdirku menggantikan untuk siaran seterusnya di Slot Akasia. 

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.


Drama Ariana Rose

Judul Drama : Drama Ariana Rose
Jumlah Episod Siaran : 28 Episod Penuh
Siaran Slot Akasia
Genre Drama : Cinta, Melodrama, Konflik & Keluarga

Drama Ariana Rose Berdasarkan daripada Novel The Wedding Breaker Karya Evelyn Rose

Pengarah :  Raja Ahmad Alauddin

Senarai Pelakon  Drama Ariana Rose
  • Keith Foo
  • Nur Fathia
  • Nabila Huda
  • Arja Lee
  • Hisyam Hamid
  • Mustapha Kamal
  • Tasha Shilla

Lagu pembukaan/ Lagu OST Ariana Rose - Di Pintu Syurga oleh Dayang Nurfaizah


Sinopsis Drama Ariana Rose 

Mengisahkan Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita setuju untuk berlakon sebagai gadis yang pernah menjadi girlfriend Tengku Adam Kamil demi membantu kawan karibnya.

Tengku Juwita sebenarnya tidak mahu berkahwin dengan Tengku Adam Kamil, lalu dia mencadangkan agar Ariana berlakon sebagai wedding breaker. Perkahwinan tersebut dibatalkan dan maruah keluarga Tengku Adam Kamil telah tercalar.

Akibat berang dengan keadaan itu, Tengku Adam Kamil mengupah spy peribadi untuk menyiasat siapa Ariana Rose. Malah Tengku Adam Kamil cuba mengetahui siapa dalangnya,namun Ariana tegar untuk tidak memberitahu. 

Tengku Adam Kamil hilang sabar dan marah, akhirnya meragut kesucian Ariana dan disebabkan itu Ariana memberitahu kisah sebenar antara dia dan Tengku Juwita. Sejak itu, Ariana membenci Tengku Adam Kamil dan berharap tidak akan berjumpa dengan Tengku Adam Kamil pada masa akan datang.

Untuk melupakan sejarah hitam tersebut, Ariana mula melakukan kerja-kerja amal. Tanpa disangka, Tengku Adam Kamil adalah penyumbang besar dana kebajikan di mana tempat Ariana bekerja. Tengku Adam Kamil mula jatuh cinta pada Ariana namun Ariana sangat membenci Tengku Adam Kamil.

Demi menggelak Tengku Adam Kamil, Ariana bersetuju untuk menerima lamaran rombongan yang datang bertemu ibunya. Tanpa Ariana dan Tengku Adam Kamil sedari, mereka telah bertunang.

Disebabkan kecewa lamarannya ditolak Ariana, Tengku Adam Kamil pergi menunaikan umrah. Apabila pulang ke tanah air,  dia mendapati yang dia akan berkahwin dengan Ariana gadis yang dicintai. Tengku Adam Kamil gembira dan doanya termakbul untuk menjadikan Ariana sebagai suri hatinya.

Namun Ariana masih juga tidak tahu siapa bakal suaminya hinggalah pada hari penikahan mereka. Ariana terkejut tapi dia menerima suaminya dengan perasaan terbuka apatah lagi melihatkan suaminya telah banyak berubah. 

Catat Ulasan

[ADS] Bottom Ads

Halaman

Copyright © 2012-2023