Cikakak.Com Cikakak.Com

Drama TV, Slot Akasia, Slot Lestary, Slot Samarinda, Slot Tiara, Slot Sonia, Slot MegaDrama, Drama iQIYI, Drama Viu, Telemovie, Telefilem,

Bilakah Cuti Perayaan Tahun Baru Cina 2023? Murid Bercuti Berapa Hari?

Author
Published November 27, 2022
Bilakah Cuti Perayaan Tahun Baru Cina 2023? Murid Bercuti Berapa Hari?

Bilakah Cuti Perayaan Tahun Baru Cina 2023? Murid Bercuti Berapa Hari? Setiap tahun cuti perayaan amat ditunggu-tunggukan oleh ibu bapa bagi memudahkan mereka mengambil cuti kerana masih ada anak-anak yang bersekolah. Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, setiap perayaan akan diberikan cuti tambahan KPM bagi memudahkan urusan pergi dan balik ketika musim raya. 

Berbaki 9 hari lagi sesi persekolahan penggal 3 bagi sekolah kumpulan B. Manakala kumpulan A berbaki 8 hari memandangkan hari jumaat mereka bercuti umum mingguan.

Merujuk kepada takwim perayaan yang dibekal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Cuti Tambahan Perayaan untuk Tahun Baru Cina 2023 diberikan sehari iaitu 24.01.2023 (Ahad) bagi kumpulan A dan kumpulan B pula akan bercuti pada 20.01.2022 (Jumaat). 

Namun bagi memudahkan ibu bapa dan guru, cuti tahun baru cina 2023 dilanjutkan sehingga satu minggu penuh. Berikut adalah jadual Cuti Tahun Baru Cina 2023.



Jadual Cuti Tahun Baru Cina 2023

Kumpulan A

  • 20.01.2023 - Jumaat (cuti mingguan)
  • 21.01.2023 - Sabtu (cuti mingguan)
  • 22.01.2023 - Ahad (cuti umum Tahun Baru Cina-hari pertama)
  • 23.01.2023 - Isnin (gantian cuti umum TBC)
  • 24.01.2023 - Selasa (Cuti Perayaan KPM)
  • 25.01.2023 - Rabu (Cuti Peristiwa / Cuti Berganti) - untuk makluman bagi sekolah yang masih ada baki Cuti Peristiwa, mereka tidak perlu membuat kelas gantian.
  • 26.01.2023 (Khamis) - Cuti Berganti 
  • 27.01.2023 (Jumaat) - Cuti mingguan
  • 28.01.2023 (Sabtu) - Cuti mingguan
  • 29.01.2023 (Ahad) - Sekolah dibuka semula

Kumpulan B

  • 20.01.2023 - Jumaat (cuti tambahan perayaan KPM)
  • 21.01.2023 - Sabtu (cuti mingguan)
  • 22.01.2023 - Ahad (cuti mingguan / perayaan Tahun Baru Cina-hari pertama)
  • 23.01.2023 - Isnin (gantian cuti umum TBC hari pertama, memandangkan cuti umum jatuh pada hari ahad (cuti mingguan)
  • 24.01.2023 - Selasa (Cuti Umum TBC hari kedua)
  • 25.01.2023 - Rabu (Cuti Peristiwa / Cuti Berganti) - untuk makluman bagi sekolah yang masih ada baki Cuti Peristiwa, mereka tidak perlu membuat kelas gantian.
  • 26.01.2023 (Khamis) - Cuti Berganti 
  • 27.01.2023 (Jumaat) - Cuti Berganti
  • 28.01.2023 (Sabtu) - Cuti mingguan
  • 29.01.2023 (Ahad) - Cuti minggua
  • 30.01.2023 (Isnin) - sekolah dibuka semula bagi Kumpulan B
Pemakluman Cuti Tahun Baru Cina 2023 tertakluk kepada rujukan takwim perayaan sesi akademik 2022/ 2023.


Catat Ulasan

[ADS] Bottom Ads

Halaman

Copyright © 2012-2023