Cikakak.Com Cikakak.Com

Drama TV, Slot Akasia, Slot Lestary, Slot Samarinda, Slot Tiara, Slot Sonia, Slot MegaDrama, Drama iQIYI, Drama Viu, Telemovie, Telefilem,

Jadual Gaji Kerajaan 2023

Author
Published November 10, 2022
Jadual Gaji Kerajaan 2023

Jadual Gaji Kerajaan 2023 | Jadual Gaji 2023 dah keluar. Bolehlah rancangan perbelanjaan untuk tahun 2023. Baru bulan November 2022, Jadual Gaji 2023 dah ada. 

Jadual Gaji ini dikeluarkan agar kakitangan kerajaan tahu tarikh gaji dibayar pada setiap bulan. Dengan adanya jadual gaji ini, ia membantu penjawat awam merancang belanjawan setiap bulan bermula Januari hingga Disember. 



Berikut Informasi Jadual Gaji Tahun 2023 

Januari - Gaji penjawat awam dibayar pada 17.01.2023. Pembayaran dibuat awal kerana perayaan Tahun Baru Cina yang berlangsung pada 22 Januari 2023 & 23 Januari 2023.

Februari, Mac & November - Gaji penjawat awam dibayar pada 24hb setiap bulan. Bulan Februari pada 24.02.2023,  Mac 24.03.2023 dan November pada 24.11.2023.

April - Manakala pada bulan April pula, sekali lagi bayaran gaji penjawat awam dibayar awal iaitu pada 17.04.2022. Ini kerana bersempena perayaan Hari Raya Puasa yang jatuh pada tarikh 22.04.2023 dan 23.04.2023. 

Mei , Julai, Ogos, September & Oktober - Gaji dibayar pada 25hb setiap bulan.

Jun - Gaji dibayar pada 23.06.2023.

Disember - Gaji dibayar pada 19.11.2023.


Memandangkan kita dah dapat Tarikh Bayaran Gaji Tahun 2023, maka boleh merancang untuk membuat simpanan setiap bulan. Contoh pembahagian simpanan setiap bulan dari Januari hingga Disember 2023.

Jumlah Pendapatan : RM1500

  • Januari - RM100
  • Februari - RM100
  • Mac - RM100
  • April - RM100
  • Mei - RM100
  • Jun - RM100
Sesi pertama : simpanan berjumlah RM600. Manakalaa duit yang berbaki RM1400 setiap bulan boleh dibelanjakan mengikut keperluan masing-masing.

  • Julai - RM150
  • Ogos - RM150
  • September - RM150
  • Oktober - RM150
  • November - RM150
  • Disember - RM150
Sesi Kedua - Jumlah simpanan RM900. Duit berbaki RM1350 boleh digunakan untuk keperluan harian.

Jumlah keseluruhan simpanan : RM1500 bersamaan sebulan gaji penuh yang diterima. Bayangkan anda menyimpan untuk lima tahun jumlah simpanan terkini yang diterima adalah RM7500.









Catat Ulasan

[ADS] Bottom Ads

Halaman

Copyright © 2012-2023