TARIKH BARU UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) TAHUN 2022

TARIKH BARU UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) TAHUN 2022 : Setiap tahun pastinya akan diadakan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK). Mengikut jadual awal Ujian UPKK berlangsung pada 14 November 2022 hingga 17 November 2022. Namun Kenyataan Media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Berkenaan Pindaan Tarikh Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022, memaklumkan tarikh dipinda ke tarikh baru iaitu pada 28.11.2022 hingga 01 Disember 2022.


TARIKH BARU UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) TAHUN 2022

Pindaan Tarikh Baru UPKK 2022 ini adalah kerana  memberi ruang persediaan dan pelaksanaan Pilihanraya Umum ke 15 yang berlangsung pada 19 November 2022 ini. 

JADUAL TARIKH BARU UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) TAHUN 2022 



JADUAL TARIKH BARU UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) TAHUN 2022

Tarikh Baru Pelaksanaan UPKK 2022 adalah berikut:-

28 November 2022 (ISNIN)
Subjek : Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah)

29 November 2022 (SELASA)
Subjek : Sirah Jawi dan Khat

30 November 2022 (RABU)
Subjek : Adab

01 Disember 2022 (KHAMIS)
Subjek : Lughah Al-Quran


Post a Comment

Terbaru Lebih lama